Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Perbincangan Mejabulat Mengenai Isu Keselamatan di Laut Sulu

Penulis :Kursi Kepimpinan Jumaat, 05 Jan 2018


Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDiSS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah menganjurkan perbincangan mejabulat mengenai isu keselamatan di Laut Sulu yang bertemakan “Konflik dan Kerjsama di Laut Sulu” dengan jayanya pada 7 Disember 2017, bertempat di Bilik Mesyuarat CDiSS.



Laut Sulu merupakan kawasan panas kepada aktiviti jenayah rentas sempadan dan mempunyai implikasi keselamatan kepada Negara. Aktiviti-aktiviti jenayah ini termasuklah kegiatan pelanunan, rompakan laut, keganasan dan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan. Pertindihan sempadan maritim telah menambah cabaran keselamatan di Laut Sulu. Walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh negara-negara pesisir Laut Sulu (Indonesia, Malaysia dan Filipina) untuk mewujudkan satu perlakuan bersama tidak rasmi di kawasan tersebut, namun hanya segelintir yang menyedari akan kepentingan serta sensitiviti cabaran keselamatan di Laut Sulu.


Tujuan penganjuran perbincangan mejabulat ini adalah: 1) untuk mewujudkan suatu platform bagi membincangkan isu-isu keselamatan di Laut Sulu; 2) untuk mewujudkan kolaborasi antara agensi dan jaringan kerjasama diantara organisasi terlibat dan 3) untuk pencanagan UPNM sebagai sebuah universiti yang berprestij serta menyahihkan peranan CDiSS sebagai sebuah pusat penyelidikan yang terulung dalam mengkaji isu berkaitan pertahanan dan keselamatan Negara.



Perbincangan mejabulat ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr BA Hamzah, selaku Pengarah CDiSS. Tiga penceramah luar yang dijemput sebagai pembentang pada sesi perbincangan mejabulat, mereka adalah: Laksamana Pertama Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman, Assisten Ketua Staf Perisikan Laut, Markas Tentera Laut menyampaikan isu mengenai Cooperation between Regional Navies in Containing the Threats in the Sulu Sea; Laksamana Pertama (M) Kamaruszaman Bin Abu Hassan, Ketua Staf Operasi Laut, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang membawa isu mengenai Security Management in Containing Threats in the Sulu Sea; dan Encik Andrin Raj, Pengarah Kanan, International Association for Counterterrorism and Security Professional (IACSP) yang membincangkan isu mengenai Terrorism in the Sulu Sea and its Effect on Malaysia’s Security.


Perbincangan mejabulat ini telah dirasmikan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Profesor Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dan dihadiri oleh lebih 50 peserta dari UPNM dan agensi/institusi luar seperti Kementerian Luar Negeri, ISIS Malaysia, IDFR, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia. Para peserta telah memunafaatkan pengetahuan daripada sesi pembentangan oleh 3 penceramah jemputan diatas topik yang dinyatakan. Manakala, perbincangan diakhir sesi telah memberi peluang kepada para peserta untuk bertukar-tukar pendapat dan berbincang dengan lebih lanjut berkaitan isu-isu keselamatan di Laut Sulu dalam mencari penyelesaian terbaik yang merangkumi kerjasama antara agensi-agensi terlibat.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 05 Januari 2018