Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 June 2018 / 7 Syawal 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Taklimat Audit Kesediaan Autonomi 2017/2018 bersama Lembaga Pengarah Universiti

Penulis :Jaminan Kualiti Rabu, 10 Jan 2018


UPNM, 9 Januari 2018 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah mengadakan sesi khas Taklimat Audit Kesediaan Autonomi 2017/2018 bersama Lembaga Pengarah Universiti ke arah persediaan UPNM dalam menghadapi Audit Kesediaan Autonomi pada 15 dan 16 Januari 2018. Sesi taklimat bersama Lembaga Pengarah Univesiti ini dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dr. Syed Azman Bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah sebagai mewakili ahlli-ahli lembaga pengarah.



Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Ketua Audit Kesediaan Autonomi UPNM. Pelbagai perkara dan persediaan telah dibentangkan merangkumi aspek Governan, Kewangan, Sumber Manusia dan Akademik dalam usaha ke arah mencapai status autonomi pada tahun 2018.


YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin (Naib Canselor) turut sama berkongsi persediaan universiti kepada Pengerusi Lembaga Pengarah. Turut hadir dalam sesi Taklimat Audit Kesediaan Autonomi 2018/2018 bersama Lembaga Pengarah terdiri daripada Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan universiti.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 10 Januari 2018