Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 January 2018 / 29 Rabiul Akhir 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Taklimat Audit Kesediaan Autonomi 2017/2018 bersama Warga UPNM

Penulis :BKKPA Rabu, 10 Jan 2018


UPNM, 10 Januari 2018 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah mengadakan sesi khas Taklimat Audit Kesediaan Autonomi 2017/2018 bersama Warga UPNM ke arah persediaan UPNM dalam menghadapi Audit Kesediaan Autonomi pada 15 dan 16 Januari 2018. Sesi taklimat bersama disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Ketua Audit Kesediaan Autonomi UPNM. Taklimat ini telah diadakan di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari.



Sebagai mukadimahnya, pencerahan status autonomi itu disampaikan kepada semua warga UPNM yang membawa maksud kepada sesuatu sistem governan di sesebuah organisasi atau universiti adalah berlandaskan kepada budaya kecemerlangan berteraskan prinsip-prinsip integriti dan akauntabiliti dengan ditaksifkan sebagai kuasa dan hak sesebuah organisasi atau universiti untuk mengurus segala hal dibawahnnya tanpa sentiasa dipengaruhi atau diarahkan oleh kerajaan. Kecemerlangan mestilah wujud hasil dari komitmen seluruh warga UPNM dari peringkat pengurusan tertinggi, pentadbiran dan pensyarah dan staf pelaksana dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing serta perlu memupuk sikap ‘ambil tahu’ mengenai dasar, prosedur, polisi dan garis panduan yang berkaitan dalam semua aspek pentadbiran.


Sikap ‘ambil tahu’ ini diterjemahkan dalam pencerahan empat (4) komponen penting iaitu merangkumi persediaan dari aspek Governan, Kewangan, Sumber Manusia dan Akademik yang mana warga UPNM menjadi nadi kepada setiap komponen utama ini. Dengan sesi taklimat ini membolehkan semua warga UPNM sentiasa bersedia setiap masa bagi menghadapi Audit Kesediaan Autonomi UPNM 2017/2018 nanti.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 10 Januari 2018