Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Audit Kesediaan Autonomi 2018 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Penulis :BKKPA Isnin, 15 Jan 2018


UPNM, 15 Januari 2018 – Sesi Audit Kesediaan Autonomi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diadakan oleh pasukan juruaudit dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang diketuai oleh Dr. Rahmat bin Smail. Perasmiannya disempurna oleh YBhg. Tan Sri Dr. Syed Azman Bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.



Taklimat umum UPNM telah disampaikan oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin (Naib Canselor) merangkumi hal ehwal pengurusan dan akademik serta pencapaian UPNM sepanjang tempoh dari 2015 hingga 2017.



Sebaik selesai perasmian dan taklimat umum ini diteruskan kepada sesi pengauditan di setiap komponen iaitu Governan, Kewangan, Sumber Manusia dan Akademik dalam usaha UPNM mendapatkan status autonomi pada tahun 2018.


Turut hadir pada sesi ini terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan pegawai kanan universiti.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 17 Januari 2018