Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 February 2018 / 8 Jamadil Akhir 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Program Refleksi dan Hala Tuju Pengurusan UPNM 2018

Penulis :BKKPA Isnin, 29 Jan 2018


JELEBU, 22 Januari 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dibawah kendalian Pejabat Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Refleksi dan Hala Tuju Pengurusan UPNM 2018 bermula 22 hingga 26 Januari 2018 bertempat di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan. Penglibatkan peserta adalah semua Ketua-ketua Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB), Ketua-Ketua Jabatan Fakulti/Pusat, Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik dan Bukan Akademik), NADIMASA, PERINTIS dan KESUPNA.



Objektif utama program ini adalah sebagai refleksi kepadap pencapaian UPNM sepanjang tahun 2017; persediaan kepada segala perancangan dan pelaksanaan program bagi Tahun 2018 secara efektif dan efisyen; percambahan fikiran dalam menentukan hal ehwal perancangan strategik Universiti dari pelbagai aspek seperti akademik, bukan akademik, pentadbiran dan ketenteraan; serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Pengurusan Tertinggi dan staf Universiti melalui pengisian aktiviti outdoor sepanjang program antaranya team building, menembak, flying fox dan survival skills.




Program ini diadakan kepada dua (2) siri iaitu Siri Pertama dari 22 – 24 Januari 2018 dengan melibatkan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-pegawai Kanan manakala Siri Kedua dari 24 – 26 Januari 2018 yang melibatkan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-pegawai Kanan bersama pensyarah-pensyarah muda dan pegawai pelbagai skim dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 29 Januari 2018