Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 May 2018 / 8 Ramadhan 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Kerja Delegasi Zimbabwe National Defence University

Penulis :BKKPA Isnin, 29 Jan 2018


UPNM, 29 Januari 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan rasmi dari delegasi Zimbabwe National Defence University (ZNDU) yang diketui oleh Air-Vice Marshal Michael Tedzani Moyo, pemangku Vice Chacellor ZNDU.


Ketibaannya disambut oleh pegawai-pegawai kanan universiti dan terus kepada kunjungan hormat ke atas YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM di Bilik Singgahsana. Delegasi ini diteruskan dengan Taklimat Umum UPNM di Bilik Mesyuarat Senat dan diteruskan kepada sesi perbincangan dua hala ke arah mewujudkan silaturrahim kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.


Pada sesi perbincangan, pelbagai perkara dibincangkan dalam usaha mewujudkan kerjasama dalam perkongsian program-program pengajian yang ditawarkan di UPNM dan di ZNDU.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 29 Januari 2018