Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 May 2018 / 8 Ramadhan 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Inspirational Talk Series 2018: Duty, Honour and Integrity- Tactical Leadership Experience in Counter Insurgency Operations

Penulis :Kepimpinan Rabu, 14 Feb 2018


Inspirational Talk Series 2018 telah membuka tirai pada 30 Januari 2018 di Dewan Bestari UPNM dengan bertemakan Duty, Honour and Integrity- Tactical Leadership Experience in Counter Insurgency Operations. Program bermula dengan ucapan pembukaan oleh Leftenan Kolonel S. Ananthan A/L Subramaniam (B) dan seterusnya sesi ceramah yang begitu bersemangat telah disampaikan oleh penceramah jemputan Mejar Jeneral Dato’ Tengku Ahmad Noor Bin Tuan Chik, Ketua Staf Am, Markas Medan Barat Tentera Darat. Mejar Jeneral Dato’ Tengku Ahmad Noor seorang yang berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan sepanjang kerjayanya. Antara bidang kepakarannya yang meliputi pertahanan, peperangan dan kombat sesuai dijadikan sebagai contoh kepada para peserta yang hadir. Perkongsian ini selari dengan konsep program iaitu Listen, Learn and Lead dimana peserta mendengar dari pengalaman pengamal kepimpinan seterusnya mempelajari dan akhirnya memimpin berdasarkan kepada filosopi kepimpinan mereka tersendiri


Sambutan penglibatan para peserta adalah terdiri daripada pegawai tentera, penuntut Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), staf UPNM, Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dari UPNM telah disempurnakan oleh Professor Emeritus Dato’ Dr Tengku Mohd Bin Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM. Semoga dengan kehadiran penceramah yang berkaliber ini berjaya memberi inspirasi kepada para peserta untuk lebih proaktif dalam kerjaya dan juga pembelajaran.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 14 Februari 2018