Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 September 2018 / 11 Muharram 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015

Penulis :Jaminan Kualiti Khamis, 01 Mar 2018


UPNM, 28 Februari 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dibawah kendalian Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data telah mengadakan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 bertempat di Pusat Marin UPNM. Kursus ini bertujuan bagi memberi perkongsian pengalaman dalam menjalankan pengauditan kepada auditor sedia ada dan pendedahan kepada bakal-bakal auditor dalaman yang baharu selok-belok pengauditan dan klausa-klausa yang diguna pakai.



Modul dalam kursus ini melibatkan taklimat khusus berkaitan peranan Auditor dalam kepada Pematuhan ISO, Kaedah-Keadah Pengauditan, Hand on kepada Penyediaan Senarai Semak & Persediaan Latihan, Penyediaan Laporan Ketidakpatuhan dan Laporan Audit serta sesi mock-up audit yang dijalankan secara berkumpulan di Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian yang terpilih dan diakhiri dengan persembahan dapatan hasil audit masing-masing. Sebagai penutupnya, peserta diberikan menjawab Ujian Audit Dalam sebagai pengukur kepada keberkesanan kursus ini.


Kursus ini disampaikan oleh Encik Rahman Ahmad bin Zubir daripada RAZ9001 Consultant Sdn. Bhd. Peserta-peserta kursus terdiri daripada auditor-auditor sedia ada dan bakal-bakal auditor dari Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian masing-masing.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 01 Mac 2018