Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
22 May 2018 / 7 Ramadhan 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Penglibatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di dalam Pameran Malaysia Technology EXPO (MTE) 2018

Penulis :Pusat Penyelidikan Isnin, 05 Mar 2018


KUALA LUMPUR, 22 – 24 Februari 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2018 yang bermula dari 22 hingga 24 Februari 2018 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Pameran MTE 2018 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 13 penyertaan daripada 10 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu empat (4) Anugerah Khas oleh penganjur, lima (5) pingat Emas, empat (4) pingat Perak, dan empat (4) pingat Gangsa. Senarai penuh pemenang ialah seperti berikut:




Tahniah diucapkan kepada penyelidik-penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan Universiti Awam yang lain.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 05 Mac 2018