Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
15 October 2018 / 5 Safar 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Syarahan Kepimpinan KJ - Duty, Honour and Integrity-Challenges of Leadership in an Uncertain World

Penulis :Kursi Kepimpinan Rabu, 14 Mar 2018


Perdana Leadership Series merupakan diantara siri terbaru dalam senarai aktiviti kepimpinan 2018 di bawah Pejabat Penyandang Kursi Kepimpinan, UPNM. Perdana Leadership Series merupakan syarahan kepimpinan yang akan disampaikan oleh tokoh-tokoh agung dalam negara yang terdiri dari kalangan Menteri. Pada 20 Feb 2018, penampilan khas Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah hadir ke UPNM sebagai seorang Commander 508 Territorial Army bagi menyampaikan sebuah syarahan kepimpinan. Penampilan khas beliau ini telah menarik minat ramai tetamu untuk turut bersama-sama hadir bagi menimba ilmu.



Ketibaan Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin telah disambut baik oleh Penguruan Tertinggi UPNM di Canselori, UPNM. Kemudiannya Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin telah memeriksa perbarisan Quarter Guard dan naik ke dais bagi menerima Hormat Panglima yang diberikan oleh Naib Canselor, UPNM. Kunjungan hormat oleh Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin telah berlangsung di Bilik Sinnggahsana Canselori untuk minum pagi dan penyampaian cenderahati sebelum bergerak ke Dewan Theaterette, UPNM.



Setibanya di Lobi Lestari, Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin telah menerima kejutan khas oleh persembahan War Dance dari Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK). Selesai sahaja persembahan War Dance, Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin bergerak ke Dewan Theaterette UPNM bagi memulakan agenda utama program iaitu sesi syarahan kepimpinan yang bertajuk “Duty, Honour and Integrity-Challenges of Leadership in an Uncertain World”. Sesi syarahan tersebut telah didahului dgn bacaan doa diikuti pembukaan dan pengenalan program yang disampaikan oleh Penyandang Kursi Kepimpinan sendiri selaku penganjur utama program ini. Syarahan kepimpinan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin telah berlangsung tepat jam 10.30 pagi. Kewibawaan Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin dalam menyampaikan syarahan dan isi kandungan syarahan yang begitu world wide merangkumi isu cabaran dari dalam negara hinggalah ke peringkat antarabangsa telah menarik minat para tetamu yang hadir untuk mengajukan pelbagai persoalan bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas dari pandangan dan pengalaman seorang Komander Tentera dan juga Menteri. Syarahan dan dialog bersama tetamu adalah merangkumi isu pertahanan, teknologi, undang-undang, keselamatan dan ancaman, di mana akhirnya kepimpinan adalah perkara utama yang menjadi peneraju. Kata-kata akhir syarahan oleh Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin adalah “the ultimate leadership lesson for the uncertain times of today and tomorrow- to lead with values, and values that has and will withstand the test of times”.



Selesai sahaja sesi syarahan, satu sesi fotografi telah diadakan sebagai kenangan kehadiran beliau di UPNM. Para tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin yang dilihat sebagai seorang tokoh pemimpin muda yang menjadi contoh kepada para pelajar dan staf di Universiti ini. Program diakhiri dengan makan tengah hari bersama Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin dan pihak Pengurusan Tertinggi UPNM di Wisma Perwira Akademi Latihan Ketenteraan.


Keseluruhan program ini telah berjalan dengan amat baik dan lancar. Impak daripada program ini telah memberikan pendedahan kepada pelajar dan staf berkaitan kepimpinan dari perspektif seorang Komander Tentera dan Menteri yang sememangnya telah mengharungi pelbagai cabaran dari setiap sudut. Kerusi Kepimpin akan meneruskan program syarahan kepimpinan dengan pelbagai tajuk dan konsep yang lebih menarik dan bermanfaat.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 14 Mac 2018