Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 September 2018 / 14 Muharram 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

An Interactive Session with Retired US Army General: General David H. Petraeus (Ret)

Penulis :BKKPA Jumaat, 06 Apr 2018


UPNM, 6 April 2018 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah mengadakan An Interactive Session with Retired US Army General: General David H. Petraeus (Ret) pada 3 April 2018. Program ini dikendalikan oleh YBhg Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Eknik (KITA) sebagai moderator.



Perkongsian pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dengan U.S. Army dikupas dan dikongsi sebaiknya merangkumi isu-isu menangani krisis pertempuran di Iraq dan perang persaudaraan di Afghanistan termasuk pengalaman beliau sebagai pengarah Central Intelligence Agency (CIA). Sesi ini merupakan platform terbaik kepada perkongsian pengalaman dan ilmu dalam mencegah dan menangani sebarang ancaman sebenar melalui kepakaran strategi dan kecanggihan teknologi khususnya kepada pegawai-pegawai kadet dan pegawai tentera amnya.


Turut hadir ke sesi An Interactive Session with Retired US Army General: General David H. Petraeus (Ret) ini ialah YB Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein Onn, Menteri Pertahanan, YBhg. Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti), YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj. Zulkifli Hj. Zainal Abidin (Naib Canselor) dan tetamu-tetamu jemputan dari pelbagai agensi kerajaan seperti agensi keselamatan dan pertahanan, universiti awam serta sektor swasta.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 06 April 2018