Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM sertai ITEX 2018

Penulis :PPPI Khamis, 17 Mei 2018


10 -12 Mei 2018, Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Pameran 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2018) yang bermula dari 10 hingga 12 Mei 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pameran ITEX 2018 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 12 penyertaan produk daripada 10 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu satu (1) Anugerah Khas oleh penganjur, tujuh (7) pingat Emas, empat (4) pingat Perak, dan satu (1) pingat Gangsa. Senarai penuh pemenang ialah seperti berikut:





Tahniah diucapkan kepada penyelidik-penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan Universiti Awam dan Pusat Penyelidikan yang lain.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 17 Mei 2018