Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 September 2018 / 11 Muharram 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

10th ICHiSS 2018 pilih tema "Understanding Regional and Global Integration on Humanities and Social Sciences"

Penulis :FPPP Khamis, 17 Mei 2018


KUALA LUMPUR, 11-13 MEI 2018. Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Prince of Songkla University (PSU), Thailand, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), IPN Education Group dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah berjaya menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kemanusiaan Dan Sains Sosial Kali Ke 10, 10th International Conference on Humanities and Social Sciences , 10th ICHiSS 2018.



Pada 11 Mei 2018, Mesyuarat Pengurusan Akademik dan Antarabangsa antara UPNM dan PSU telah dikendalikan oleh FPPP dan dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPNM untuk membincangkan program-program mengukuhkan jalinan kerjasama lebih erat antara UPNM dan PSU.


Pada 12 Mei 2018, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPNM telah merasmikan persidangan 10th ICHiSS 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Pengucap tama I, Prof. Yos Santasombat dari Universiti Chiang Mai Thailand manakalan Pengucap tama II, Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengarah Urusan Weststar Group dan juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UPNM. Turut hadir, Jeneral Tan Sri Dato’ (Dr.) Mohd Ghazali bin Hj. Che Mat (Bersara), Pengerusi Boustead.



Sempena 10th ICHiSS, Pra Pelancaran buku bertajuk “Kepemimpinan Era Moden” kerjasama Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM dan Fakulti Kepimpinan Pengurusan USIM turut menjadi agenda penting hubungan jalinan kerjasama sinergi dalam penerbitan. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit UPNM dan USIM. Makan Malam Akrab Pengantarabangsaan turut diadakan pada hari yang sama untuk semua delegasi yang hadir khususnya delegasi Thailand.


Terima kasih kepada penaja-penaja Weststar Group, Affin Bank Berhad, DRB-Hicom, Royale Chulan Kuala Lumpur dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan serta semua yang terlibat dalam menjayakan 10th ICHiSS 2018.


Kemaskini Terakhir : Khamis, 17 Mei 2018