Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor UPNM

Penulis :BKKPA Khamis, 17 Mei 2018


UPNM, 15 Mei 2018 - Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berlangsung pada hari ini, jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Aras 2, Bangunan Canselori, UPNM.


Majlis ini merupakan upacara serah dan terima tugas secara rasmi oleh Mantan Naib Canselor UPNM, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin kepada Naib Canselor baharu UPNM, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal.



YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal merupakan seorang pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai latar belakang pendidikan akademik yang cemerlang. Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UPNM telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Pelantikan tersebut juga adalah berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan dan memenuhi standard bagi maksud menjawat jawatan sebagai Naib Canselor.



Adalah menjadi keperluan bagi kepimpinan UPNM ini memahami dunia pertahanan dan keselamatan, aspek regimental ketenteraan, memiliki jaringan antarabangsa dengan tentera luar negara, mampu menjaga kepentingan strategik negara, memiliki kepakaran pengurusan pertahanan dan logistik, berpengalaman melatih, memahami pelbagai aspek keperluan ketenteraan serta sentiasa relevan dan konsisten untuk menerajui tampuk kepimpinan UPNM.


Majlis serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim. Turut hadir Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong-Penolong Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi Universiti dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.



Kemaskini Terakhir : Khamis, 17 Mei 2018