Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 June 2018 / 10 Syawal 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Program 2u2i UPNM - TUDM

Penulis :BKKPA Isnin, 28 Mei 2018


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama akademia-industri di antara kedua-dua institusi tersebut. Kerjasama akademia-industri yang dimeterai adalah usaha sama UPNM – TUDM menjalankan program 2u2i oleh pelajar UPNM bertempat di pangkalan TUDM dalam bidang Pertahanan dan Keselamatan.


Majlis menandatangani MoU ini telah diadakan pada 17 April 2018 bersempena pameran Defence Services Asia 2018 (DSA 2018) yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. UPNM diwakili oleh Ybhg Tan Sri Dato‘ Seri Panglima Prof. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dan TUDM diwakili oleh YBhg Jen Tan Sri Dato‘ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM. Dalam majlis ini juga telah diadakan pelancaran buku tulisan Felo Utama Dato‘ Muhamad Akhtar bin Ahmad Zainuddin bertajuk Air Combat: Man-Machine Interface yang disempurnakan oleh Panglima TUDM.


Turut hadir menjayakan majlis menandatangani MoU ini ialah pegawai-pegawai kanan dari UPNM dan TUDM.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 28 Mei 2018