Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 July 2018 / 8 Zulkaedah 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Pendaftaran Pelajar Baharu UPNM Sesi Akademik 2018/2019

Penulis :BKKPA Isnin, 25 Jun 2018


UPNM, 24 Jun 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi Pelajar Program Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2018/2019 hari ini. Sejumlah 886 penawaran calon pelajar baharu dipanggil untuk pendaftaran dengan pecahan 574 calon pelajar lelaki dan 263 calon pelajar perempuan.



Dari jumlah itu, seramai 712 orang calon pelajar baharu program asasi telah ditawarkan. Antara kursus-kursus pengajian yang ditawarkan diperingkat Asasi adalah Asasi Perubatan, Asasi Kejuruteraan, Asasi pengurusan dan Strategi. Manakala penawaran calon pelajar Diploma adalah seramai 125 orang yang bakal mengisi pengajian Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Pengurusan Logistik dan Diploma Ketangkasan Pertahanan.


Sebaik selesai proses pendaftaran, para ibu bapa telah diberikan taklimat oleh YBhg. Lt Jen Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal, Naib Canselor UPNM selaku mewakili universiti dalam memberi pencerahan dan kehidupan di UPNM merangkumi waktu pengajian akademik, latihan ketenteraan dan kehidupan harian dalam kampus. Turut hadir pada sesi taklimat adalan Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan dan pegawai-pegawai kanan universiti.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 25 Jun 2018