Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 July 2018 / 8 Zulkaedah 1439
Tetapan

BULETIN UPNM

Maljis Sambutan Raya UPNM 2018

Penulis :BKKPA Jumaat, 06 Jul 2018


UPNM, 05 Julai 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Sambutan Raya Peringkat UPNM 2018 bersama pengurusan tertinggi dan staf. Majlis pada kali ini diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran semua staf sama ada dari kalangan pegawai dan kumpulan sokongan. Majlis ni juga sebagai menghargai pengorbanan semua peringkat staf UPNM dalam memberi komitmen penuh dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah ke arah memartabatkan UPNM sebagai sebuah universiti primier dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara.



Kehadiran YBhg Lt Jen Dato‘ Abdul Halim bin Hj Jalal, Naib Canselor UPNM bersama isteri menyemarakkan lagi kemeriahan dan kemesraan pihak pengurusan dengan warga staf. Pada majlis ini juga merupakan untuk bergembira di mana semua warga staf UPNM dapat meraikan bersama-sama staf berlainan Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian tanpa mengira pangkat dan kedudukan.



Turut hadir memeriahkan majlis jamuan raya peringkat UPNM ini ialah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong-Penolong Naib Canselor, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan dan Pegawai-pegawai Kanan universiti.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 06 Julai 2018