Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 September 2018 / 11 Muharram 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kemenangan UPNM dalam Konvensyen K.I.K. Peringkat UA Kali Ke-14, TAHUN 2018

Penulis :Kualiti Isnin, 20 Ogos 2018


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi telah menghantar dua (2) kumpulan untuk bertanding dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (K.I.K) kali ke-14, Peringkat Universiti Awam Tahun 2018 yang telah diadakan sepanjang 13 hingga 16 Ogos 2018 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.



Penyertaan UPNM pada tahun ini adalah melalui tajuk projek ‘Pengurusan dan Pelaporan Data Penyelidikan yang Tidak Efisien’ telah diwakili oleh Kumpulan REMASYS dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI). Kumpulan ini telah memenangi Penarafan Pingat Emas dalam pertandingan K.I.K kali ini. Lebih membanggakan, Kol Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah memenangi dua (2) kategori iaitu Anugerah Fasilitator Terbaik (Kategori Pengurusan) dan Anugerah Fasilitator Terbaik Keseluruhan. Malah, kumpulan REMASYS telah mendapat pujian juri kerana penyertaan yang membanggakan dari kalangan Staf Pengurusan Tertinggi dalam kumpulan K.I.K. sejak 10 tahun yang lalu.


Manakala, satu lagi penyertaan daripada Kumpulan LIFECREW, iaitu dalam kalangan staf-staf Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) dengan tajuk ‘Kesukaran Melaksanakan Kerja-kerja Mengimbas Tesis’ juga tidak kurang hebatnya yang menerima sambutan daripada para juri sehinggakan mereka menguji produk tersebut secara terus yang akhirnya memenangi penarafan Pingat Perak.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan urus setia yang sama-sama merealisasikan penyertaan konvensyen kali ini dan berharap ia menjadi pemangkin kepada staf UPNM yang lain dalam usaha mengemukakan pelbagai inovasi baharu pada tahun-tahun hadapan.




Kemaskini Terakhir : Isnin, 20 Ogos 2018