Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 September 2018 / 11 Muharram 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

FSTP, UPNM sertai MJB RINA-IMarEST National Level Undergraduate Thesis Presentation Competition 2018

Penulis :FSTP Selasa, 28 Ogos 2018


KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2018 - Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai MJB RINA-IMarEST National Level Undergraduate Thesis Presentation Competition 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pelajar Tahun Tiga bernama Syed Mohamad Aqil Rabbani bin Syed Badli Shah dengan tajuk kajian Analysis in Different Heel Angles Effecting the Lift and Drag on WIG Craft daripada program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim di Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan sempena dengan program Hari Maritim Sedunia 2018 yang berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC). Pelajar ini telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan di mana beliau berjaya menewaskan peserta lain yang disertai oleh enam orang pelajar daripada empat Universiti Awam (UA) yang mempunyai program maritim iaitu daripada UPNM, UTM, UMT dan UniKL.



Tahniah diucapkan kepada pelajar FSTP, UPNM tersebut yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM amnya dan FSTP khasnya dalam bidang penyelidikan serta membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan UA yang lain.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 28 Ogos 2018