Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 September 2018 / 11 Muharram 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Mobiliti Pelajar FPPP di Peking University, Beijing, China

Penulis :FPPP Khamis, 06 Sep 2018


BEIJING, 2018 - Seramai 10 orang pelajar daripada Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama seorang pengiring telah mewakili Malaysia dalam program Mobiliti Pelajar “Belt and Road Youth Ambassador” di Peking University, Beijing, China.


Pelajar-pelajar yang terlibat telah menyertai program Peking University Summer School International (PKUSSI) selama dua minggu bermula 1 Julai 2018 sehingga 14 Julai 2018 berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar daripada negara lain seperti Vietnam, Thailand, Singapore, Kanada, London, Sepanyol, Rusia, Belanda, Jerman, Perancis, Amerika dan beberapa negara lain. Keperluan kursus yang diikuti iaitu Chinese Politics and Public policy dan Remediation of Contaminated Environment, pelajar perlu memenuhi kehendak kursus untuk mendapatkan penilaian markah seperti menghadiri kelas, menyertai fieldtrip, membuat pembentangan tajuk serta menyiapkan laporan kursus dan esei.



Pelajar juga turut menyertai beberapa program bersama pelajar lain untuk memenuhi objektif Peking University Summer School International iaitu jalinan akademik dan budaya bersama pelajar daripada negara lain dan saling bertukar budaya melalui program-program menarik yang disediakan seperti Language Café, Speed Lingua, Cultural Event, Chinese Cuisine Cooking Class dan melawati Tembok Besar China.


Di samping itu, pelajar juga dapat mempelajari budaya China melalui program Cultural Event dan Chinese Cuisine Cooking Class. Pelajar-pelajar Summer School turut dibawa melawati Bandar Xiong’An yang merupakan bandar berteknologi tinggi di mana bandar ini merupakan bandar era baru yang bakal siap pada tahun 2025 menggabungkan elemen budaya China dan bandar moden untuk membentuk Bandar Xiong’An.


Language Café dan Speed Lingua merupakan aktiviti di mana pelajar berpeluang untuk merasai pengalaman bertukar-tukar bahasa dan mempelajari bahasa asing dari pelbagai negara di samping membincangkan tentang keistimewaan negara masing-masing. Malah, aktiviti ini sekaligus dapat memperluas pandangan pelajar-pelajar yang terlibat terhadap isu-isu semasa dengan misi dan visi FPPP melahirkan modal insan berkualiti dan cemerlang.


Kemaskini Terakhir : Khamis, 06 September 2018