Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 December 2018 / 10 Rabiul Akhir 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Program Jelajah UPU Semenanjung 2018 Zon Negeri Sembilan

Penulis :BKKPA Isnin, 01 Okt 2018


SEREMBAN, 27 September 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Sekolah Dato‘ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan telah diamanahkan untuk menjayakan program Jelajah UPU Semenanjung 2018 Zon Negeri Sembilan. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Prof. Emeritus Dato‘ Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok (Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa), UPNM. Bertempat di Sekolah Dato‘ Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan.



Objektif program adalah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah terutamanya di sekitar Seremban, Negeri Sembilan ke arah meneruskan pengajian ke peringkat menara gading sama di universiti awam. Terdahulu, seramai 500 pelajar yang hadir di program tersebut telah diberi taklimat oleh wakil UPU, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai kepentingan UPU kepada bakal-bakal lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sempena program ini, dibuka juga booth pameran oleh Universiti Awam dan agensi-agensi kerajaan yang lain sebagai pendedahkan kepada para pelajar.


Ketibaan Yang Mulia Prof. Emeritus Dato‘ Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok dengan pemeriksaan perbarisan oleh Badan-badan Beruniform SDAR dan disusuli dengan persembahan War Dance oleh pegawai kadet UPNM.


Turut hadir memeriahkan program Jelajah UPU Semenanjung 2018 Zon Negeri Sembilan ialah En. Rosli bin Ahmad, Pengetua SDAR dan Puan Rahaidah binti Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia serta pegawai-pegawai kanan UPNM serta wakil-wakil dari Universiti Awam.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 01 Oktober 2018