Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 October 2018 / 9 Safar 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

37 Pelajar Daftar Program Sulung Sarjana Muda Penerbangan UPNM

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Isnin, 01 Okt 2018

Seramai 37 pelajar baharu telah mendaftar untuk mengikuti program Sarjana Muda Penerbangan yang dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Pengarah Program Akademik-Industri UPNM, Datuk Akhtar Zainudin berkata, program pengajian itu akan memendekkan tempoh pengajian yang diperlukan bagi pelajar yang berminat menjadi juruterbang dalam mana-mana cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pegawai dalam bidang penerbangan.


“Setiap pelajar akan menjalani dua tahun pembelajaran di UPNM dan dua tahun di Kolej Tentera Udara untuk melayakkan diri dalam bidang penerbangan.


“Pelajar akan menerima pangkat ketenteraan dan ijazah sarjana muda dalam masa empat tahun setelah mengikuti program baharu ini,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Alumni) UPNM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din.




Kemaskini Terakhir : Selasa, 02 Oktober 2018