Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2018

Penulis :BKKPA Isnin, 15 Okt 2018


UPNM, 10 Oktober 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat kali keempatnya telah mengadakan Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2018. Majlis bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.


Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2018 telah Berjaya dilaksanan dibawah kendalian Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) selaku urus setia utama dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Pendaftar dan Pusat Pembangunan Akademik sebagai urus setia bersama. Majlis ini merupakan acara tahunan dalam usaha pembudayaan kualiti dan inovasi di UPNM sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014.



Majlis kali ini bertemakan ‘UPNM Maju Ke Hadapan Ke Arah Kualiti dan Inovasi’ dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan budaya cemerlang dalam perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran, pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan serta mencipta kreativiti dan inovasi dalam ekosistem di universiti ini.


Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti telah menyempurnakan perasmian majlis ini. Tiga (3) kategori anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) dan Anugerah Hari Inovasi.


Seramai 144 penerima yang terdiri daripada 78 penerima APC, 29 penerima ACC dan 37 penerima Anugerah Inovasi telah dianugerahkan dalam majlis ini dengan penerima adalah penerima individu dan penerima Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian serta Penyampaian Sijil Penghargaan kepada staf dan pelajar yang menyumbang kejayaan UPNM sepanjang tahun 2017. Kemuncak Hari Inovasi dan Majlis Anugerah ini diakhiri dengan lima (5) anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Akademik yang dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus, Pengarah, Pusat Pengtropikalan. Anugerah Khas Staf dianugerahkan kepada Encik Ahmad Wajdi bin Ab Patah, Juruteknik Komputer, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Anugerah Khas Staf Sukan dianugerahkan kepada Lt. Kol. Dr. Inderjit Singh a/l Tara Singh (Bersara), Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Anugerah Kualiti Naib Canselor (FPJB) dianugerahkan kepada Jabatan Bendahari dan Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dianugerahkan kepada Mej Prof. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Pengarah, Pusat Asasi Pertahanan.


Berakhirnya Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM 2018, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim bersama Naib Canselor dan pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai kanan universiti melawat pameran produk-produk penyelidikan dan penerbitan UPNM sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama semua penerima anugerah.


Penglibatan secara menyeluruh staf pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera serta pelajar UPNM menjadi nadi dalam memastikan amanah negara untuk melahirkan Intellectual Leaders of Character dapat direalisasikan di samping melahirkan modal insan berkualiti ke arah memangkin kecemerlangan negara.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Oktober 2018