Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

1st Basic International Humanitarian Law (IHL) for Military Lawyers

Penulis :CoMIHL Selasa, 23 Okt 2018


Centre for Military and International Humanitarian Law (CoMIHL) dengan kerjasama International Committee of the Red Cross (ICRC) telah menganjurkan kursus 1st Basic International Humanitarian Law (IHL) for Military Lawyers pada 9-11 Oktober 2018 bertempat di Pusat Marin UPNM. Kursus ini telah dihadiri oleh 26 orang pegawai undang-undang dari ketiga-tiga perkhidmatan dari 14 buah negara serta staf akademik UPNM. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Lt Jen Dato’ Hj Abdul Halim Bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti.



Seminar Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ini berteraskan 4 Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. UUKA adalah salah satu undang-undang penting perlu difahami oleh masyarakat antarabangsa dalam penggunaan senjata dan kaedah peperangan atau konflik diantara sesebuah negara disamping bertujuan memelihara, melindungi dan menjamin keselamatan kemanusian yang berpandukan prinsip peperangan juga ada hadnya.



Kursus ini telah berjalan dengan jayanya, majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Ms Biljiana Milosevic, Head of Regional Delegation, ICRC Kuala Lumpur dan diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 23 Oktober 2018