Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Audit Pengawasan 1 (SV 1) - SPK MS ISO 9001:2015

Penulis :Kualiti Rabu, 31 Okt 2018


UPNM, 30 Oktober 2018 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghadapi buat pertama kalinya Audit Pengawasan 1 (SV1) – SPK MS ISO 9001:2015 dengan jayanya. SV1 – SPK MS 9001:2015 ini adalah selepas UPNM diiktiraf selangkah ke hadapan dari SPK MS 9001:2008 yang terpakai sejak penubuhannya.



Hasil audit pengawasan ini UPNM berjaya tanpa sebarang teguran OFI, Minor, atau Major dari pihak Auditor. Pihak Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan tersebut terutamanya kepada Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) yang telah diaudit serta Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian yang lain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan sesi audit ini.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 31 Oktober 2018