Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 December 2018 / 11 Rabiul Akhir 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-12, 2018

Penulis :Kualiti Jumaat, 30 Nov 2018


PUTRAJAYA, 27 November 2018 - YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyempurnakan Anugerah Akademik Negara 2018 yang berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya hari ni. Anugerah Akademik Negara (AAN) merupakan pengiktirafan tertinggi kepada sarjana dan cendikiawan negara untuk yang sedang berkhidmat atau pernah berkhidmat di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia. Anugerah-anugerah ini diberikan berdasarkan sumbangan dalam bidang; pengajaran, penemuan ilmu, penulisan, penerbitan ilmiah dan kreatif, pemindahan dan pengembangan ilmu. AAN mula diperkenalkan pada tahun 2006. Kini AAN memasuki tahun ke 12 penganjurannya.



Anugerah Akademik Negara ialah anugerah tertinggi tahunan yang merangkumi tujuh (7) kategori utama, iaitu:


1. Anugerah Tokoh Akademik Negara


2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal


3. Anugerah Penerbitan Buku


4. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk


5. Anugerah Seni dan Kreativiti


6. Anugerah Pengajaran


7. Anugerah Ahli Akademik Harapan


Sehubungan dengan itu, Warga UPNM serta pihak pengurusan tertinggi turut sama meraikan penerima-penerima anugerah di majlis yang gilang-gemilang dan berprestij ini.


Manakala, anugerah tertinggi dalam bidang pendidikan dan pembangunan negara bagi AAN itu dianugerahkan kepada pakar ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram yang dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara ke-12. Anugerah tertinggi ini telah disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 30 November 2018