![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
UPNM, 30 November 2018 – Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPNM 1440H/2018M. Majlis sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, pemimpin teragung seluruh umat islam. Pelbagai aktiviti ilmiah dilaksanakan dalam majlis ini antaranya dimulakan dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Persembahan Marhaban dan diakhiri dengan Bacaan Selawat.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPNM ini telah diadakan di Dewan Bestari, UPNM dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh warga UPNM termasuk para pelajar. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan kesan yang mendalam bagi menghayati kehidupan Rasullullah S.A.W yang wajib diikuti oleh seluruh umat islam dalam kehidupan seharian ke arah mengimbangi duniawi dan akhirat kelak.
Turut hadir pada sambutan ini ialah YBhg. Lt Jen Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor, pengurusan tertinggi, pegawai kanan, pensyarah dan pentadbir serta pelajar.