Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
16 January 2019 / 10 Jamadil Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Dua Pelajar FPPP Wakil Malaysia bagi Program Mobiliti Pelajar di Seoul

Penulis :FPPP Jumaat, 14 Dis 2018

SEOUL, 2018 - Pada November yang lalu, empat orang pelajar telah terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Program Mobiliti Pelajar “APEC Edutainment Exchange Program” di Seoul, Korea yang telah dianjurkan oleh Institute of APEC Collaborative Education (IACE), Korea. Dua orang pelajar yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Muhammad Zulakhmal bin Razali dan Suraya Izzati binti Safiudin merupakan pelajar daripada Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Program Mobiliti Pelajar bermula 5 hingga 10 November 2018 di Myeongdong, Seoul, Korea. Selama seminggu, para pelajar telah berpeluang untuk berkongsi pengalaman dalam bidang akademik dan budaya bersama pelajar- pelajar dari negara lain seperti Korea, Vietnam, Thailand, Singapore, Indonesia, Taiwan, Filipina dan Papua New Guinea. Pada tahun 2018, tema yang telah diangkat adalah “Social Enterprise as Key Problem Solver for Inclusive and Sustainable Growth in APEC Region”.



Antara aktiviti utama yang perlu diikuti oleh para pelajar adalah Opening Ceremony, Team Projects for Business Plan Development, Experts Consulting, Cultural Exchange, Awarding & Closing Ceremony. Di samping itu, pelajar juga dapat mempelajari budaya Korea melalui aktiviti Cultural Visit di mana para pelajar telah melawat beberapa tempat menarik di Seoul seperti Gyeongbokgung Palace, Jongmyo, Insadong, dan Namsan Tower. Pelajar-pelajar telah turut melawat beberapa tempat menarik seperti Myeongdong, di mana ia merupakan antara tempat tarikan utama bagi pelancong yang datang ke Seoul untuk memahami dan melihat budaya Korea.



Sepanjang program ini, para pelajar dapat memahami bukan sahaja budaya di Korea, malah budaya daripada pelbagai negara melalui para pelajar daripada negara-negara lain turut dapat dipelajari. Perkara ini amatlah penting kerana ia bukan sahaja membuka minda para pelajar, malah, ia sekaligus dapat memperluas pandangan pelajar-pelajar minda kelas pertama bersesuaian dengan moto FPPP iaitu “Nurturing Future Leaders of Character”.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 14 Disember 2018