Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
16 January 2019 / 10 Jamadil Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Penglibatan UPNM di dalam Pameran SIIF 2018, Seoul, Korea Selatan

Penulis :PPPI Isnin, 17 Dis 2018

6-9 Disember 2018, Seoul, Korea Selatan - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Pameran Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018 yang bermula dari 6 hingga 9 Disember 2018 bertempat di COEX Exhibitional Hall, Seoul, Korea Selatan. Pameran SIIF 2018 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari rantau Asia dan Eropah.



Sebanyak 4 produk penyertaan daripada 2 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu satu (1) Anugerah Khas oleh penganjur, tiga (3) pingat Perak, dan satu (1) pingat Gangsa.




Tahniah diucapkan kepada penyelidik-penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan global.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 17 Disember 2018