Bahagian Hal Ehwal Korporat adalah menjurus sebagai penggerak kepada pendekatan strategi yang digunakan dalam mewujudkan kesedaran, kefahaman, penerimaan dan motivasi di kalangan warga UPNM ke arah peningkatan perubahan perlakuan, tindakan, sikap dan kerja berpasukan dalam melahirkan insan yang berintegriti dan lebih berfokus untuk menambahbaik imej, identiti dan reputasi universiti.

Bahagian ini juga bergerak berdasarkan kepada Pelan Strategik UPNM dan menjadi teras utama dalam menggarapkan kejayaan sesuatu perubahan yang diperkenalkan atau sebaliknya. Justeru, hala tuju UPNM yang berteraskan CREATING A FUTURE OF EXCELLENCE akan diberi keutamaan dalam program-program kepimpinan yang dilaksanakan.