Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2019 / 24 Safar 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

USIM - UPNM meterai Perjanjian Kerjasama Akademik

Penulis :BKKPA Selasa, 12 Feb 2019


Nilai, 31 Januari 2019 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di USIM hari ni. Kerjasama akademik yang dimeterai adalah menerbitkan buku ilmiah yang melibatkan penulisan dan penyuntingan kedua-dua pihak. Bagi merealisasikan terbitan buku ilmiah ini, kerjasama yang dimaksudkan adalah merangkumi tanggungjawab bersama seperti pengumpulan bahan; penyusunan dan penjilidan artikel; penilaian/pewasitan; penyuntingan; permohonan ISBN/PDP; rekaan ilustrasi; percetakan; dan serahan naskhah wajib naskhah penghargaan dan promosi.



Terbitan buku ilmiah bersama ini melalui Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, UPNM dan Fakulti Kepimpinan Pengurusan, USIM.


Majlis menandatangani MoA diwakili oleh YBhg Lt Jen Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Jalal, Naib Canselor UPNM dan YBhg Prof Dato’ Dr. Musa bin Ahmad, Naib Canselor USIM. Turut hadir pegawai-pegawai kanan UPNM dan USIM.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 12 Februari 2019