Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
22 May 2019 / 17 Ramadhan 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM - KDNU meterai Persefahaman Akademik peringkat antarabangsa

Penulis :BKKPA Jumaat, 15 Mar 2019

Korea, 7 Mac 2019 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Korea National Defense Univesity (KDNU) hari ini sempena dalam rangka lawatan rasmi UPNM ke Korea Selatan. Delegasi UPNM diketuai oleh YBhg. Lt. Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor bersama Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip, Pengarah Pusat Keselamatan Siber beserta pegawai.



Kerjasama akademik yang dimeterai adalah melibatkan pertukaran bahan penyelidikan, penerbitan dan informasi; pembangunan bersama program akademik; pengajian jarak jauh; kerjasama penyelidikan; pertukaran pelajar; pertukaran pensyarah dan pertukaran kakitangan pentadbiran. Kerjasama persefahaman ini dikendalikan dibawah Pusat Keselamatan Siber, UPNM


Tandatangan MoU diwakili oleh LTG. Kim Sung Jin, Presiden, KDNU dan YBhg. Lt. Jen Hj. Abdul Halim bin Hj. Jala, Naib Canselor, UPNM.


Majlis menandatangani MoA turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KDUN dan UPNM.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 18 Mac 2019