Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 March 2019 / 13 Rejab 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Menandatangani Perjanjian Pendidikan (MoA) antara UPNM dan MAIWP

Penulis :BKKPA Jumaat, 15 Mar 2019


KUALA LUMPUR, 13 Mac 2019 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dalam bidang pendidikan dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Perjanjian ini telah diadakan dengan jayanya dengan disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).



Perjanjian ini menjadi batu lonjakkan kepada pelaksanaan peranan Pusat Pengurusan Waqaf UPNM untuk terus melangkah ke hadapan ke arah mencapai visi dan misi pusat ini. Kerjasama dimeterai ini merangkumi pengurusan kewangan waqaf dalam program-program yang diadakan seperti pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan pelajar, penyelidikan dan lain-lain yang berteraskan konsep islamik.


Perjanjian ini ditandatangani oleh YBhg. Lt. Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Jalal, Naib Canselor mewakili UPNM dan YBhg Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Semoga perjanjian ini dapat terus mengeratkan siratulrahim dan hubungan melalui jalingan kerjasama yang dijayakan seterusnya bertukar-tukar pandangan dan bercambahan fikiran dalam mencapai satu tujuan yang telah ditetapkan.


Turut menandatangani Perjanjian (MoA) dalam majlis ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Institut Profesional Baitumal dan Kolej Poly-Tech MARA


Kemaskini Terakhir : Isnin, 18 Mac 2019