Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 April 2019 / 18 Syaaban 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Karnival Jom Masuk IPT 2019 melabuh tirai di MAEPS, Serdang

Penulis :BKKPA Selasa, 02 Apr 2019


SERDANG, 31 Mac 2019 – Karnival Jom Masuk IPT bagi tahun 2019 telah melabuh tirai pada hari ini di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor. Penutup Karnival Jom Masuk IPT 2019 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan. Pembukaannya sebelum telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik yang diadakan di Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM) pada 2 Mac 2019.



Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar-pelajar sekolah termasuk ibu bapa bagi mendapatkan maklumat bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi sama ada awam atau swasta. Karnival ini sangat membantu kepada penyampaian maklumat mengenai program-program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian masing-masing dengan memberi yang terbaik seterusnya meningkatkan graduan pengajian tinggi negara di masa hadapan.




Karnival ini telah berlangsung selama sebulan bermula dari Zon 1 (Selatan) pada 2 Mac 2019 di UTHM, Zon 2 (Sabah) pada 9-10 Mac 2019 di Sabah, Zon 3 (Utara) pada 9-10 Mac 2019 di Pulau Pinang, Zon 4 (Timur) pada 16-17 Mac 2019 di Kelantan, Zon 5 (Sarawak) pada 23-24 Mac 2019 di Sarawak dan Zon 6 (Tengah) di MAEPS, Serdang sebagai penutup karnival pada hari ini. Penganjuran Karnival Jom Masuk IPT Zon 6 tahun ini dipertanggungjawab kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebagai tuan rumah bersama dengan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan. Dengan berlangsungnya Zon 6 (Tengah) ini maka berakhirlah Karnival Jom Masuk IPT bagi tahun 2019.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 02 April 2019