Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
15 December 2019 / 18 Rabiul Akhir 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Pelancaran Buku Kepemimpinan Era Moden

Penulis :FPPP Khamis, 11 Apr 2019


PWTC, 2 April 2019 - Buku Kepemimpinan Era Moden kerjasama Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terbitan 2019 telah dilancarkan secara rasminya oleh Yang Berbahagia Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM. Pelancaran Buku Kepemimpinan Era Moden sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 29 Mac 2019 hingga 7 April 2019 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.



Delegasi UPNM dan USIM terdiri daripada Yang Mulia Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPNM. Pendaftar UPNM, Dekan FPPP, UPNM, Dekan FKP, USIM, Dekan FSTP, UPNM, Penerbit UPNM dan USIM, Penulis-penulis buku UPNM dan USIM serta Urus Setia MAPIM. Rakan media iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) hadir merakam majlis pelancaran tersebut untuk Program Lensa Siswa.




UPNM DAN USIM sepakat memilih buku penerbitan tahun 2019 dengan mengangkat tema “Kepemimpinan Era Moden” kerana kepimpinan merupakan tuntutan era globalisasi telah menciptakan perubahan terhadap arah orientasi masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Senarai penulis UPNM adalah seperti berikut: Prof. Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Cik Khairunnisa bt. Madrzuki, Prof. Madya Kol Dr. Burhanuddin bin Jalal, Mej Prof. Madya Dr. Ahmad Azan bin Ridzuan, Prof. Madya Dr. Sayuti bin Ab Ghani, Lt Kol Dr. Hj. Daud bin Hj. Mohamed Salleh, Lt Kol Dr. Hj. Noor Azmi Hj. Mohd Zainol, Kol Hj. Zahimi bin Zainol Abidin, Mejar Wong Wai Loong, Dr. Amnah Saayah bt. Ismail dan Puan Norlaila Mazura bt Mohaiyadin. Editor UPNM ialah Prof. Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw dan Cik Khairunnisa bt. Mardzuki Kerjasama sinergi penerbitan UPNM dan USIM diteruskan untuk terbitan 2020 dengan tema “Kepemimpinan Komuniti”.


Kemaskini Terakhir : Khamis, 11 April 2019