Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 July 2019 / 14 Zulkaedah 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Naib Canselor UPNM Sebagai Pengucap Tama 11th ICHiSS 2019

Penulis :FPPP Selasa, 07 Mei 2019


HAT YAI, THAILAND, 1 hingga 3 Mei 2019 – Pengucap tama dari Malaysia, Yang Berbahagia Lt. Jeneral Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM dengan tajuk “Digitalized and Globalized World of Opportunities and Risks” menarik tumpuan 165 pembentang dari seluruh negara bertempat di The 60th Anniversary of His Majesty the King’s Accession to the Throne International Convention Center, Thailand. Selain itu, Prof. Steve McCarty dari Universiti Kansai, Jepun sebagai pengucap tama dengan tajuk “Dissruptive Technology and the Calling of Humanities and Social Sciences”. The 11th ICHiSS telah dirasmikan oleh Mr. Phicit Rerngsangvatana, Vice President for Administration and Finance, Prince of Songkla University (PSU).



Delegasi UPNM terdiri daripada Prof. Dato’ Ts Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dan Lt Kol Prof. Madya Ariffin bin Ismail (Bersara), Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) bersama 18 orang pensyarah UPNM sebagai pembentang kertas kerja. Pembentang kertas kerja terdiri dari negara Kanada, Jepun, Indonesia, Dubai, India, Malaysia dan Thailand. Turut hadir, Encik Mohd Nasir Awang, Konsul, The Consulate General of Malaysia, Songkhla dan rakan media Thailand.



FPPP (UPNM) dan Faculty of Liberal Arts Prince of Songkla University (PSU) Thailand menganjurkan 11th International Conference on Humanities and Social Sciences (11th ICHiSS) di Thailand. Tema yag diangkat ialah “Global Digital Society: Impacts on Humanities and Social Sciences”. Selain persidangan, UPNM turut mengadakan promosi program-program akademik UPNM dengan pameran poster penyelidikan UPNM di booth untuk memperkenalkan UPNM di persada antarabangsa.


Mesyuarat Pentadbiran Penanda Aras dan Makan Malam Khas untuk Delegasi UPNM diadakan untuk memperkukuh lagi hubungan kerjasama yang terjalin sejak tahun 2014 dengan membincangkan aspek penyelidikan, penerbitan, mobiliti pelajar dan program sangkutan pensyarah. The 12th ICHiSS tahun 2020, tibalah giliran UPNM sebagai tuan rumah yang akan diadakan di Malaysia.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 07 Mei 2019