Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 September 2019 / 21 Muharram 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Perasmian Pusat Pengurusan Wakaf UPNM

Penulis :BKKPA Isnin, 17 Jun 2019


UPNM, 14 Jun 2019 – Sejarah terukir buat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana buat julung-julung kalinya sebuah Pusat Pengurusan Wakaf di peringkat institusi pengajian tinggi telah ditubuhkan secara rasminya di UPNM dengan nama Pusat Pengurusan Wakaf UPNM. Perasmian Pusat Pengurusan Wakaf UPNM yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan Bestari.




Terdahulu, ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa disambut oleh Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti di Bangunan Censelori seterusnya mengadakan taklimat khas UPNM oleh Naib Canselor sebelum bermulanya majlis perasmian.



Penubuhan Pusat Pengurusan Wakaf UPNM ini merupakan Pusat Pengurusan Wakaf pertama yang ditubuhkan di Universiti Awam dalam usaha menggalakkan sumbangan dana wakaf di dalam institusi pendidikan ke arah menjalankan program-program pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan pelajar, penyelidikan dan lain-lain yang berteraskan konsep islamik. Di masa hadapan, Pusat Pengurusan Wakaf ini bukan sahaja akan ditubuhkan di semua Universiti Awam, malahan di semua institusi pengajian tinggi di satu masa kelak.



Dengan penubuhan Pusat Pengurusan Wakaf UPNM dengan rasminya ini, seluruh warga UPNM bolehlah menyalurkan sumbangan dana wakaf melalui tiga cara seperti berikut:



Cek – Atas nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan hantar kepada Pusat Pengurusan Wakaf.


Secara tunai – Boleh diserahkan kepada Pejabat Pusat Pengurusan Wakaf, Aras 2, Bangunan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Perbankan Internet – Bayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA:.


No. akaun : 8002882873(Cimb Bank)


Nama akaun : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



No. akaun : 10520000461(Affin Bank)


Nama akaun : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



Kemaskini Terakhir : Isnin, 24 Jun 2019