Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 August 2019 / 23 Zulhijjah 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Pencapaian 5 Bintang Anugerah Kecemerlangan KPI HRMIS Tahun 2018 UPNM

Penulis :Jabatan Pendaftar Jumaat, 12 Jul 2019


PUTRAJAYA, 2 Julai 2019 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dianugerahkan 5 bintang di atas pencapaian cemerlang 100%, Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2018.


Sijil pencapaian tersebut telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada UPNM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan HRMIS Bilangan 1 tahun 2019 bertempat di Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.


YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima sijil kecemerlangan tersebut dan berharap agar pencapaian seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Tahniah juga diucapkan kepada pemilik - pemilik dan penyelaras data yang telah bekerja keras membantu bagi memastikan UPNM mencapai KPI yang telah ditetapkan. Semoga pencapaian ini dapat dikekalkan pada tahun akan datang.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Julai 2019