Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
22 October 2019 / 23 Safar 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Anugerah dan Sambutan Aidilfitri UPNM 2019

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Jumaat, 19 Jul 2019


03 Julai 2019 – Sekali lagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan sekalian kalinya Majlis Anugerah dan Sambutan Aidilfitri Peringkat UPNM Tahun 2019 bersama pengurusan tertinggi dan semua staf. Majlis pada kali ini menerusi tema: “Rekayasa Ilmu, Kualiti dan Inovasi” telah diadakan dengan konsep baru iaitu dengan meraikan pemenang dan penerima anugerah-anugerah dalam Majlis Sambutan Aidil Fitri. Majlis gilang gemilang ini turut dihadiri oleh YBhg Pengerusi LPU, ahli-ahli Lembaga Pengurusan Universiti dengan kehadiran semua staf sama ada dari kalangan pegawai dan pengurusan UPNM, ALK dan kumpulan pelaksana serta para pelajar.



Majlis ini diteruskan secara tradisinya daripada gabungan urusetia bersama yang dipengerusikan oleh Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Jabatan Pendaftar, Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) dan Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa (BKKPA) sebagai menghargai pengorbanan semua peringkat staf UPNM ke arah melestarikan UPNM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam pelbagai aspek.



Majlis Sambutan Aidilfitri ini juga dimeriahkan lagi dengan selingan penyampaian hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah yang diperoleh daripada pihak penganjur seperti Jabatan Pendaftar menerusi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), kemudian PPA dengan penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) dan pihak PJKPD menerusi Hari Inovasi Kelima. Malah beberapa kejayaan FPJB lain turut disampaikan sijil penghargaan seperti Jabatan Bendahari memperoleh Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Tahun 2018 serta BPA mendapat sijil Urusetia Cemerlang dalam program Jom Masuk IPT 2019.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 19 Julai 2019