Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 September 2019 / 18 Muharram 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

e-Tawaran Percepatkan Proses Pendaftaran Pelajar Baharu UPNM

Penulis :Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) Jumaat, 06 Sep 2019

UPNM, 3 September 2019 - Seramai 842 pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi 2019/2020 mendaftar secara rasmi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada hari pendaftaran universiti pada 3 September baru-baru ini.


Daripada jumlah tersebut, seramai 607 orang terdiri daripada pelajar awam manakala 235 orang lagi merupakan Pegawai Kadet yang mengikuti pengajian di lima (5) fakulti pengajian di UPNM.



Pendaftaran bagi sesi kali ini telah berjalan dengan lancar dan pihak universiti merasa amat bangga kerana pada tahun ini sistem e-Tawaran mula diperkenalkan dan berjaya memperbaiki sistem pendaftaran universiti yang hanya mengambil masa selama 5 saat bagi seseorang pelajar untuk mendaftar.


Ibu bapa juga memberikan respon yang positif dan mengatakan inilah yang seharusnya dilaksanakan oleh sesebuah universiti, apatah lagi bagi sebuah universiti Pertahanan yang mana kita seharusnya mementingkan kecekapan dan keberkesanan di dalam apa juga kerja yang kita laksanakan terutamanya di dalam sistem pentadbiran.



Pada tahun ini, peratusan pelajar mendaftar meningkat disebabkan kepercayaan ibu bapa dan pelajar terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di UPNM yang sistematik dan kebolehpasaran graduan yang sentiasa berada di kedudukan teratas dalam senarai institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.



Serentak dengan pendaftaran pelajar baharu ini, Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) juga turut berlangsung bermula pada 3 hingga 6 September 2019 bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu ini akan keadaan persekitaran dan juga pentadbiran di UPNM.




Kemaskini Terakhir : Jumaat, 06 September 2019