Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2019 / 24 Safar 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Ulung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa (BKKP Jumaat, 27 Sep 2019

Sungai Besi, 26 September 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berkenan bercemar duli untuk melawat UPNM hari ini.



Lawatan berkenaan turut dihadiri oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UPNM, Pengurusan Tertinggi UPNM dan pihak pengurusan UPNM.



Semasa lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah melawat Bangunan Canselori UPNM di mana satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM.




Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kemudiannya telah berangkat ke Pusat Maritim UPNM di mana Tuanku Baginda telah diperlihatkan simulator kapal dan melawat pameran pencapaian oleh warga Universiti termasuk produk-produk penyelidikan, akademik dan pelajar. Tuanku Baginda juga mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan pelajar UPNM.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 27 September 2019