Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Perasmian dan Pelancaran Food Bank Satria

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Khamis, 10 Okt 2019

Sungai Besi, 4 Oktober 2019 – Memberi kembali kepada mereka yang memerlukan merupakan perkara yang sangat dituntut oleh agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini telah menganjurkan majlis perasmian dan pelancaran Food Bank Satria.


Program dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkenaan menyaksikan kehadiran ramai staf dan pelajar UPNM di Dewan Bestari UPNM. Majlis dimulakan dengan sesi Ministerial Talk oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri KPDNHEP bersama moderator bersama moderator, Kapten Wan Nurhidayat Bin Wan Muhammad, alumni UPNM.



Majlis diteruskan lagi dengan perasmian oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution dan sesi penyampaian cenderahati kepada pelajar dan para penyumbang. Turut hadir semasa majlis berkenaan adalah YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Puan Ummi Nasrah binti Othman, Pengarah Kementerian KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBhg. Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM, Pengurusan Tertinggi UPNM, para penyumbang dan tetamu jemputan lain.




YB Datuk Seri Saifuddin Nasution dan tetamu kehormat seterusnya telah bergerak ke Bangunan Tuah di mana sesi menandatangani plak pelancaran telah disempurnakan disusuli dengan lawatan ke kiosk Food Bank Satria sendiri.





Kemaskini Terakhir : Khamis, 10 Oktober 2019