Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Law of Armed Conflict at Sea for Military Lawyers

Penulis :Pusat Wilayah Undang-Undang Tentera & Kemanusiaan Selasa, 15 Okt 2019

Centre of Military and International Humanitarian Law (CoMIHL) dengan kerjasama International Committee of the Red Cross (ICRC) telah menganjurkan kursus serantau Law of Armed Conflict (LoAC) at Sea for Military Lawyers pada 8-10 Oktober bertempat di Pusat Marin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. LoAc at Sea for Military Lawyers 2019 merupakan hasil kesinambungan dari siri pertama yang telah diadakan pada tahun 2017. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman yang menyeluruh dan mendalam berkaitan prinsip-prinsip Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang terpakai untuk konflik di Laut dan penekanan diberikan kepada aspek ‘Case Study’. Ia juga bertujuan untuk membina ‘regional engagement’ berkaitan isu undang-undang dan konflik maritim serantau.



Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Lt Kdr Mazura Binti Md Saman (B), Timbalan Pengarah, CoMIHL dan dirasmikan oleh Laksamana Pertama Azhari Abdul Aziz (B), Armed and Security Forces Coordinator, ICRC. Dalam ucapan perasmian, Laksamana Azhari menekankan pentingnya kursus-kursus sebegini diadakan bagi meningkatkan kefahaman pegawai dalam aspek undang-undang dalam menangani konflik. Ianya juga berfungsi sebagai langkah ‘prevention’ kepada konflik, Kursus ini telah dihadiri oleh 24 orang pegawai undang-undang dan pegawai peperangan utama dari pelbagai negara serantau antaranya Korea, Bangladesh, Thailand, Myanmar, China, Timor Leste. Philippines, Singapore, Sri Lanka dan negara Tuan Rumah, Malaysia. Kursus diadakan selama tiga hari ini merangkumi sesi syarahan dan perbincangan secara berkumpulan dan Mr. Kirby Abbott dan Laksamana Pertama Azhari Abdul Aziz (B) bertindak sebagai Fasilitator bagi perbincangan tersebut.



Majlis penutup LoAC at Sea for Military Lawyers 2019 telah disempurnakan oleh YBhg. Lt Jen Dato Hj Abdul Halim bin Hj Jalal, Naib Canselor UPNM. Dalam ucapan penutup kursus, YBhg Naib Canselor berharap kursus lanjutan ini dapat meningkatkan kepakaran dan tahap kecekapan dalam aspek undang-undang berkaitan seterusnya dapat membantu pegawai dan organisasi dalam pelaksanaan tugas. Kursus ini diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta oleh YBhg. Naib Canselor.




Kemaskini Terakhir : Selasa, 15 Oktober 2019