Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

MERDEKA@GELANDANGAN & MISKIN BANDAR

Penulis :Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) Isnin, 21 Okt 2019

KUALA LUMPUR, 6 September 2019 - Program Merdeka@Gelandangan dan Miskin Bandar 2019 anjuran bersama #FFG alumni Maktab Tentera Diraja Malaysia, Kelab CSR Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), The Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) dan Kelab Sukarelawan MPB-NSTP telah dilaksanakan dengan jayanya.



Sempena dalam bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, UPNM mengambil inisiatif menerapkan semangat patriotisme dan mendidik jiwa melalui kemahiran insaniah dalam program ini. Seramai 33 pelajar UPNM terlibat dalam program ini dengan mendokong tiga nilai utama yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti kasih sayang (love), kegembiraan (happiness) dan hormat-menghormati (mutual respect). Program ini memberi kesedaran sivik, etika dan peradaban kepada pelajar-pelajar khususnya dengan menyantuni golongan gelandangan dan miskin bandar.



Program dimulakan di Jalan Silang dan berakhir di Masjid Negara. Aktiviti seperti pengagihan makanan, pakaian dan alat-alat keperluan dilaksanakan dengan sempurna melalui kaedah bergotong-royong. Aktiviti menggunting rambut golongan gelandangan dan miskin bandar mendapat sambutan yang menggalakkan selain pemberian ais krim. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan kajian menjalankan penyelidikan isu-isu semasa dan hak asasi manusia. Kesemua nilai ini berjaya diamalkan dan dibudayakan oleh para pelajar kepada komuniti ini pastinya dapat mencipta kelestarian kecemerlangan dan kemakmuran negara yang dikecapi sehingga kini dan mampu diteruskan dengan perpaduan erat dalam kalangan rakyat Malaysia.




Kemaskini Terakhir : Isnin, 21 Oktober 2019