Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Audit Pengawasan 3 (SV 3) - SPK MS ISO 9001:2015

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Khamis, 07 Nov 2019

AUDIT PENGAWASAN 3 (SV 3) - SPK MS ISO 9001:2015 oleh Pihak Lloyd’s Register Quality Assurance



UPNM, 29 Oktober 2019 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghadapi aktiviti audit buat kali kedua sepanjang tahun 2019 iaitu Audit Pengawasan 3 (SV3) – SPK MS ISO 9001:2015 dengan jayanya. Audit SV3 ini adalah audit susulan selepas UPNM menerima pembaharuan sijil SPK MS 9001:2015 pada 09 Julai 2018 yang lalu.



Hasil audit pengawasan ini, UPNM telah berjaya melepasi sesi audit tanpa sebarang teguran ketakakuran Minor atau Major daripada pihak Auditor. Pihak Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) selaku sekretariat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan tersebut terutamanya kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEPA), Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), semua Penyelaras Latihan Indutri bagi Fakulti dan Pusat Pengajian yang telah diaudit pada hari tersebut serta seluruh warga UPNM yang lain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan sesi audit ini. Harapan agar pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 ini dijadikan amalan dan sentiasa komited dalam diri setiap warga kampus.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 07 November 2019