Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 January 2020 / 22 Jamadil Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Pelaksanaan Kursus Bahasa Arab Anjuran Kedutaan Arab, ATM & UPNM

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Selasa, 26 Nov 2019

Kuala Lumpur, 11 November 2019 – Kursus Asas Bahasa Arab (BA) peringkat ATM yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Atase Pertahanan Arab Saudi di Kedutaan Arab Saudi, ATM dan UPNM telah dilaksanakan dari 30 Sep hingga 8 Nov 2019 dan diadakan di Pusat Bahasa UPNM. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil diadakan di The Saudi School, Lot 516 Bt 7 ½, Jalan Ulu Kelang Ampang, 68000 Kuala Lumpur.


Majlis Penutupan Kursus Bahasa Arab ini disempurnakan oleh Duta Arab Saudi di Malaysia, Mr. Mahmoud HS Qattan. Majlis Penutupan Kursus Bahasa Arab ini juga turut disaksikan oleh Mejar Jeneral Dato Kamaruddin bin Hj Mamat, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT); Laksamana Muda Anuar bin Mohamed, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TLDM; Brigadier Jeneral Abdullah Khaled Alyam, Atase Pertahanan Arab Saudi di Malaysia; Brigadier Jeneral Fadzillah bin Hj Abdullah, Ketua Cawangan Latihan Pertahanan Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP) dan Dato Dr Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor UPNM.




Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi melalui Kedutaan Kedutaan Arab Saudi dan Pejabat Atase Pertahanan Arab Saudi dengan bantuan tenaga pengajar dari The Saudi School. Seramai 15 orang peserta dari TD, TUDM, TLDM dan juga staf UPNM menyertai kursus yang berlangsung selama 6 minggu ini.


Pelaksanaan Kursus Asas Bahasa Arab ini adalah simbol penghargaan dan juga tanda keakraban yang kuat di antara ATM dan Angkatan Tentera Arab Saudi. Selain dari itu ia bertujuan untuk memupuk rasa harmoni dan membuka ruang interaksi yang lebih diplomasi kepada kedua-dua belah pihak.


Objektif utama Kursus Bahasa Arab ini adalah memberi pendedahan kepada penuntut kursus berkenaan dalam penggunaan asas Bahasa Arab yang betul serta melaksanakan kaedah amali intensif komunikasi secara berkumpulan bagi memaksimumkan tahap keberkesanan latihan.


Adalah diharapkan agar usaha kolaboratif ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang, dan ianya adalah satu inisiatif murni dalam meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Arab Komunikasi para pegawai dan juga anggota ATM. Di samping itu, ia juga merupakan satu kesinambungan yang dinamik bagi membantu menyediakan para pegawai dan juga anggota untuk berpeluang menghadiri misi di bawah Panji Bangsa-Bangsa Bersatu.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 26 November 2019