Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 January 2020 / 22 Jamadil Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Istiadat Pemasyhuran KDYMM Seri Paduka Baginda & Konvokesyen Ke-10

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Selasa, 26 Nov 2019

Putrajaya, 14 November 2019 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini melangsungkan Istiadat Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah sebagai Canselor UPNM yang baru dan Majlis Konvokesyen Ke-10.



Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Menteri Pertahanan, Pro-Pro Canselor UPNM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UPNM, Wakil-wakil Naib-naib Canselor / Rektor Universiti Awam, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia serta tetamu jemputan.



Pada Istiadat Konvokesyen ke-10 ini, Seri Paduka Baginda juga menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abdul Hamid (Bersara) yang menerima Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sumber kepada dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Yaakob bin Mohd Zin (Bersara).


Seramai 969 orang graduan bergraduat tahun ini. Daripada jumlah ini, 14 orang graduat dianugerahkan Doktor Falsafah (PhD) dan 41 orang graduan dianugerahkan Sarjana. 229 Pegawai Kadet dan 325 orang Graduan Awam menerima Ijazah Sarjana Muda manakala 360 orang graduan dianugerahkan Diploma.





Anugerah Pingat dan Hadiah Buku juga turut dianugerahkan kepada 26 orang graduan Ijazah Sarjana Muda dan 11 orang graduan Diploma.


Sempena dengan majlis ini juga, Konvosari@UPNM 2019 dianjurkan di UPNM bermula dari 12 hingga 16 November 2019. Antara pengisian Program Konvosari@UPNM 2019 ini adalah Hari Keluarga UPNM 2019, UPNM Got Talent, Pertandingan Pidato Islam, Pameran Kerjaya, Program Kesihatan, Malam Kebudayaan UPNM, Battle of the Band Terbuka UPNM dan Sembang Santai bersama PU Azman dan Amirul Effendi.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 26 November 2019