Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 January 2020 / 22 Jamadil Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM ke Peringkat Akhir Piala Bola Sepak IPT 2019/2020

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Selasa, 26 Nov 2019

Sungai Besi, 17 November 2019 - Satu lagi kejayaan berjaya diukir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang baru-baru ini telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Karnival Divisyen 2 Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2019/ 2020.


Perlawanan akhir tersebut menyaksikan UPNM FC berentap dengan pasukan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC.




Walaupun kejayaan menyebelahi UKM FC dengan mata 2-0, namun UPNM tetap berbangga kerana berjaya menempatkan diri di tempat ke-2. Lebih membanggakan YBhg. Lt Jen Datuk Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM, Mejar Prof. Ts. Dr. Muhd Zuazhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) serta staf dan pelajar UPNM turut hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan.




Di kesempatan yang sama, Naib Canselor dan TNC HEPA turut menyatakan sokongan penuh untuk Liga Bola Sepak Divisyen 1 tahun 2020.


Untuk rekod, pemilihan pemain untuk UPNM FC (posisi Forward, Midfielder dan Defender) bagi Piala Menteri dan Liga Divisyen 1 IPT 2020 akan diadakan pada 2 dan 3 Disember 2019 di Padang B, UPNM.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 26 November 2019