Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
18 January 2020 / 22 Jamadil Awal 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Rakaman Tazkirah Malam Jumaat di UPNM

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Selasa, 26 Nov 2019

Sungai Besi, 20 November 2019 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Affin Islamic Bank Berhad dan Astro Oasis baru-baru ini telah mengadakan Rakaman Program Tazkirah Malam Jumaat di Dewan Bestari, UPNM.



Sambutan menggalakkan telah diterima untuk rakaman program berkenaan di mana staf dan pelajar UPNM telah memenuhkan ruang dewan berkenaan. Antara panel yang dijemput untuk program rakaman berkenaan adalah Dato Dr. Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Shamsul Debat dan PU Azman. Pengarah Pusat Islam, Lt. Kol. Ustaz Dr. Hj. Daud Hj. Mohamed Salleh juga telah menjadi salah seorang panel untuk rakaman berkenaan. Moderator bagi slot rakaman berkenaan adalah Amin Idris.




Rakaman diadakan untuk dua episod di mana episod pertama rakaman bertajuk ‘Body Shaming’ adalah pada jam 3.00 hingga 5.00 petang manakala rakaman episod kedua (Dah Solat Ke?) adalah daripada jam 8.00 hingga 10.30 malam.


Program berkenaan turut menyaksikan penyerahan mock cheque daripada Affin Islamic Bank kepada UPNM di mana YBhg. Lt Jen Datuk Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM telah menerima serahan cek berkenaan.



Episod pertama dijadualkan untuk ditayangkan di Astro Oasis pada 12 Disember 2019 manakala episod kedua akan ditayangkan pada 2 Januari 2020.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 26 November 2019