Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Laporan Bengkel Pembangunan dan Semakan Dokumentasi MS 19000:2014

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Isnin, 09 Dis 2019



Kuala Lumpur - Pada 27 November 2019 (Rabu) bertempat di Mini Auditorium, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI), UPNM telah diadakan satu Bengkel Pembangunan dan Semakan Dokumentasi MS1900:2014 iaitu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syari’ah.


Piawaian MS1900:2014 iaitu Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syari’ah (sebelum ini MS1900:2005) adalah sistem piawaian berstruktur yang membantu organisasi menyampaikan produk dan perkhidmatan yang bukan hanya memenuhi keperluan pelanggan, malah mematuhi keperluan kawal selia serta keperluan nilai-nilai murni yang berteraskan keperluan Syari’ah


Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan input berhubung keperluan MS1900:2014 dan seterusnya memberi bimbingan kepada para peserta yang terlibat untuk mewujudkan Manual Kualiti, prosedur-prosedur atau dokumen mengikut piawaian MS1900:2014 berdasarkan pemilihan skop yang ditetapkan.



Penceramah yang telah dijemput adalah Encik Mohammad Izzat Naqib bin Md. Yusof, Jururunding pakar yang telah dilantik oleh pihak SIRIM STS Sdn. Bhd. Beliau merupakan penceramah yang berpengalaman luas dalam MS1900:2014 dan merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing banyak agensi lain memperolehi sijil MS1900:2014.


Bengkel selama satu hari ini melibatkan Pusat Islam, Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Auditor Dalaman MS1900:2014, Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU) dan sekretariat daripada Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD).


Kemaskini Terakhir : Isnin, 09 Disember 2019